UNTUK APA BELAJAR LAGI?

UPSR 2020 TELAH DIBATALKAN!!!

KRONOLOGI UPSR

 

1987 :  

UPSR menggantikan Peperiksaan Darjah Lima

1995 :   

Format Kertas Soalan

Matematik diubah. Soalan

Subjektif diperkenalkan.

2001 : 

Kerja sekolah calon diambil

kira dalam penilaian UPSR.

Subjek Sains  

diperkenalkan. Amali sains

diambil kira dalam

pemberian markah.

2016 :  

Kertas Bahasa Inggeris

dipecahkan kepada dua

kertas, Pemahaman

Section A, Section B dan

Kertas Penulisan Bahasa Inggeris.

KSSR menggantikan KBSR, Penilaian Berasaskan Sekolah dipraktikkan (40% markah perolehan).

Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dimasukkan dalam kertas soalan Bahasa Melayu subjektif kertas Bahasa Inggeris Pemahaman (Section B).

Keputusan lulus penuh UPSR ialah 4A/6A. 

Lembaga Peperiksaan Malaysia(LPM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan bahawa keputusan UPSR adalah 100% daripada kertas peperiksaan.

2018:  

Penilaian Pentaksiran Sekolah (PPSR) akan

menggantikan UPSR.

UPSR kini dijadikan salah satu daripada 4 komponen utama PPSR.

PPSR adalah tahap baharu terhadap penilaian murid-murid Tahun Enam sekolah.

APRIL  2020 :  

KPM membatalkan UPSR dan PT3 ekoran ancaman COVID19. Penilaian kaedah baharu akan digunakan untuk menggantikan UPSR. 

OGOS 2020 :

KPM memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). MARA  memperkenalkan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM.

 

Dapatkan tip dan strategi memaksimumkan persediaan anak tahun 6 menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun (Tahun 6), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD Tahun 6), Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM agar berjaya melepasi dasar pengambilan dan pemilihan ke sekolah idaman seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Tahfiz Ulul Albab dan Sekolah Kluster Kecemerlangan setelah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pembatalan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang merupakan antara kaedah saringan ke sekolah yang dinyatakan.

Berikut merupakan masalah yang mungkin ANDA sebagai IBU BAPA HADAPI SEKARANG 

>> Anda ingin menghantar anak ke sekolah idaman, tetapi selepas pembatalan ujian bertulis UPSR 2020, anda langsung tidak tahu landasan yang betul memandangkan anda kurang jelas perihal Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR).

>> Anda jelas tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) diteruskan sebagai aspek penting untuk melihat pencapaian sekolah rendah namun kerisauan membelenggu anda tentang persediaan yang perlu dilakukan bagi menghadapi ujian kemasukan dan saringan ke sekolah idaman.

 >> Anda mahu mengulang kaji bersama anak tetapi berasa takut seandainya anda mengajar teknik yang salah kepada anak. 

>> Anda ingin memulakan pengajaran dan pembelajaran kepada anak tahun 6 di rumah tetapi tidak tahu kaedah dan cara yang betul mengulang kaji secara pantas dan menyeluruh.

>>Anda boleh mengajar bahasa dan linguistik sahaja namun subjek logik seperti Matematik yang memerlukan jalan kira dan kaedah penyelesaian membingungkan anda kerana soalan sekarang tertumpu kepada soalan berfokuskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)!

>> Anda lebih minat mengajar Matematik dan Sains kerana pengalaman persekolahan dan kerjaya anda tertumpu pada bidang tersebut tetapi bagi subjek bahasa, anda kurang minat.

>>Anda sukar mengajar anak mengarang karangan kerana anda sendiri lemah tatabahasa.

>> Anda ingin membantu anak berjaya menguasai Bahasa Inggeris tetapi anda juga agak takut terutamanya tentang Grammar, Pronunciation dan Writing.

>> Anda juga ingin menjadi seperti mereka yang lain, punya anak yang bersekolah di SBP dan MRSM namun anda gusar tentang pendapatan/gaji anda (T20,M40) dan pasangan menyebabkan tawaran ke sekolah idaman ditolak.

>> Anda mahu anak melanjutkan pengajian dalam Program Ulul Albab. Namun anda tidak tahu teknik mudah dan berkesan untuk membantu anak menghafal Al-Quran di rumah sehinggakan hafalan menjadi lancar dan sempurna sebelum menghadiri sesi temu duga Ulul Albab.  

>> Anda semakin bimbang kerana anda gagal lagi memberi sentuhan PdP kepada anak. Di kala anda ada masa, anak pula banyak kerja sekolah dan bertembung dengan jadual pembelajaran dalam talian bersama guru-guru yang lain.

>> Anda suka mengajar anak tetapi anak pula mengelak dan sering bosan untuk belajar. Jika sebelum ini anak mahu belajar kerana adanya peperiksaan UPSR, namun setelah pengumuman pembatalan UPSR, anak yang menjadi harapan keluarga semakin liat untuk belajar.

>> Anda tidak tahu bagaimana mengembalikan motivasi dan semangat kepada anak yang mengalami kemurungan ekoran pembatalan UPSR kerana tanggapannya hanya ujian bertulis UPSR sahaja penentu kejayaan ke sekolah idaman.

Izinkan sekolahidaman.com membawakan penyelesaian kepada anda! Memperkenalkan sebuah naskhah lengkap tentang panduan ke Tingkatan 1 (2021)

“Rahsia Berjaya ke Sekolah Idaman”

Naskhah tersebut merupakan hasil karya dua orang penulis modul iaitu Cikgu Hasnol dan Cikgu Mazlina yang sudah 16 tahun berkecimpung dalam dunia pendidikan Malaysia.

Hasnol dan Mazlina aktif menulis dan menggubal lebih daripada 100 modul ulang kaji dan kertas model ujian peperiksaan UPSR sejak tahun 2004. Kebanyakan soalan yang digubal mempunyai persamaan item dalam peperiksaan sebenar. Ramai guru dan ibu bapa menggunakan kertas model hasil olahan Hasnol Mazlina dalam gerak gempur akhir menjelang peperiksaan. Bahan ulang kaji dibuat berdasarkan analisis soalan-soalan UPSR terdahulu. Tidak hairanlah topik dan item hampir sama dengan soalan sebenar seperti yang dikongsi oleh Cikgu Aaudreyz dari Sabah.

Jom ketahui apa kata mereka...

“Saya teringin menjadikan anak saya seorang agamawan.”

Nama Saya Haslina binti Halim dari Kota Kinabalu, Sabah. Saya telah diberi peluang untuk menerima bimbingan dan mempelajari teknik menghafal Al-Quran secara percuma bagi tujuan penambahbaikan kandungan program Rahsia Berjaya ke Sekolah Idaman yang dikelolakan oleh Ustaz Hasnol. Saya dan suami bukanlah daripada golongan agama, namun keinginan saya untuk menjadikan anak saya sebagai seorang ilmuan agama dan hafiz Al-Quran begitu tinggi. Saya mengenali Ustaz Hasnol dan Cikgu Mazlina melalui laman facebook dan ketika itu saya mencari bahan rujukan dan kertas soalan UPKK. Bermula daripada langganan bahan UPKK, saya telah follow facebook Cikgu Mazlina. Saya sering melihat perkongsian video rakaman anak-anak murid Ustaz Hasnol menghafal ayat-ayat daripada beberapa surah Al-Quran. Daripada tontonan video tersebut, saya turut menyimpan keinginan. Saya kongsikan pautan video facebook bertarikh 10 Januari 2017 yang saya maksudkan di bawah:

Video

hafazan

Posted by Mazlina Omar on Selasa, 10 Januari 2017

Hasil daripada dapatan tentang video tersebut saya terus menghubungi Cikgu Mazlina melalui talian whatsapp pada 20 Mac 2020 untuk maklumat lanjut. Kami berbalas mesej dan hati saya begitu tersentuh apabila Cikgu Mazlina memberitahu, dua orang murid yang dirakam dalam video iaitu yang berbaju biru (Abdullah Afham) dan berbaju kelabu dan hitam (Hazimi) telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Kedah dalam Program Tahfiz Model Ulul Albab-TMUA. Cikgu Mazlina turut bercerita dan berkongsi kegembiraan tentang adik Abdullah Afham yang dinobatkan sebagai anakanda pertama bagi batch tersebut, yang telah berjaya menghafal 30 juzuk. Saya telah memohon kebenaran Cikgu Mazlina untuk berkongsi paparan skrin yang dihantar oleh Kak Mimah, ibu Abdullah Afham kepada Cikgu Mazlina.

Keterujaan saya untuk turut sama menjadikan anak saya seorang tahfiz semakin menggunung. Alhamdulillah, hikmah daripada cuti sekolah Perintah Kawalan Pergerakan sempena COVID-19, anak saya berpeluang belajar teknik menghafal Al-Quran daripada Ustaz Hasnol secara one-to-one. Keterbatasan saya untuk mendapatkan guru agama bertauliah bagi mengajar tip menghafal Al-Quran sebelum ini amat saya syukuri. Alhamdulillah, Allah telah memberikan peluang ini kepada saya dan anak untuk belajar menghafal surah-surah Al-Quran dengan makhraj dan tajwid yang betul. Kini saya sudah tahu teknik yang betul untuk membantu anak saya menghafal Al-Quran di rumah. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan menyeru ibu bapa di luar sana untuk menyertai program Rahsia Berjaya ke Sekolah Idaman. Saya ikhlas berkongsi ulasan program ini agar ibu bapa turut sama mendapat manfaat daripada program ini. Doakan agar usaha saya membuahkan hasil. Saya berharap agar cita-cita saya untuk menghantar anak syurga saya ke Tahfiz Ulul Albab dimakbulkan Allah. Amin.

 

Ikhlas,

Haslina binti Halim

Guru Matematik

Kota Kinabalu, Sabah

“Mesti Cekal, Mesti Tabah”

Bagi saya, Cikgu Mazlina ialah seorang ibu yang sangat cekal dan tabah. Tidak pernah mengenal erti penat, lelah dan terus berusaha demi masa depan anak-anaknya, terutama Hatim, yang menghidap disleksia. Tahniah untuk Cikgu Mazlina atas kejayaan cikgu mendidik anak-anak bangsa. Ketabahan dan kekuatan cikgu sangat menginspirasikan saya. Kisah pengalaman cikgu itu sebenarnya telah banyak membantu murid-murid lain untuk berjaya dan modul ini telah membuka mata saya untuk mengetahui tatacara khusus yang mudah-mudahan dapat membantu anak kedua saya lulus permohonan ke sekolah MRSM kelak. Pendek kata usaha yang cikgu lakukan untuk Hatim telah membantu dan membuka jalan mudah untuk anak-anak yang lain termasuk anak saya, yang kini sudah berada di tahun ke-empat di MRSM. Saya berharap pada tahun ini Si Adik juga mengikut jejak langkah Si Kakak, ke sekolah MRSM juga.

KEEP IT UP!

Zarina

Pegawai Servis dan Jualan Coway

Bedong, Kedah.

“Lengkap Kerana Menyediakan

What-to-do- listing”.

 

Sering kita terlupa bahawa untuk memperolehi anak yang cemerlang, ibu bapa juga harus cemerlang. Bukan semestinya cemerlang dalam akademik tetapi cemerlang dalam pengurusan anak-anak. Persoalannya bagaimanakah cara untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang dalam pengurusan anak-anak? Dalam naskhah Rahsia Berjaya ke Sekolah Idaman, penulis telah berkongsi beberapa persediaan yang perlu ibu bapa lakukan dalam memastikan anak benar-benar bersedia untuk menempuh cabaran yang penting dalam hidup mereka. Gaya penulisan melalui pengalaman amat menyeronokkan serta mudah diikuti. Pada pendapat saya, pengalaman peribadi merupakan contoh terbaik dan merupakan sesuatu yang lebih praktikal berbanding teori yang sering kita baca daripada beberapa buku ilmiah yang lain. Pengalaman Tuan Hasnol dan Puan Mazlina boleh ditokok tambah agar sesuai dengan situasi dan persekitaran anak kita. Lebih menyenangkan penulis telah menyediakan senarai what-to-do dalam proses membantu anak-anak kita berjaya ke sekolah terbaik apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah kelak. Saya sendiri merupakan murid dari SBP. Sudah tentu saya juga menyimpan cita-cita dan hasrat untuk menghantar anak ke SBP kerana terdapat banyak kelebihan apabila belajar di sekolah tersebut. Saya akui bahawa pembentukan disiplin saya yang baik bermula dari persekolahan saya di SBP. Tuntasnya, pada pendapat saya, e-buku ini harus dimiliki kerana maklumat yang disampaikan lebih menjurus kepada pengurusan anak-anak. Sebelum mengakhiri ulasan saya tentang Rahsia Berjaya ke Sekolah Idaman, izinkan saya mengingatkan kita semua bahawa, ‘aktiviti bijak yang tersusun pasti melahirkan anak yang cemerlang’.

 

Ikhlas daripada,

Hazwani Abdul Hanan

Pensyarah Kanan Perakaunan

Melaka

“Lorong Kejayaan Tetap Menjadi Milik Anakku Walaupun Dia Hanya Seorang Murid Biasa”.

Saya percaya dengan kata-kata ‘Success doesn’t come to you , you need to run for it’. Kejayaan tidak akan datang bergolek kepada kita, kita yang berusaha ke sana. Lebih kurang begitulah maksudnya. Syukur kerana saya telah diberi peluang untuk membaca E-book “Rahsia Berjaya ke Sekolah Idaman”. Saya kira naskhah ini merupakan sebuah penulisan yang berbentuk ‘priceless practical book’ iaitu kasih sayang seorang ibu yang dikirimkan oleh Allah kepada seorang anak syurga yang bisa menjadikan si ibu kuat kerana si anak yang cukup berbakat! Sebelum ini saya hanya nampak anak saya lemah di sana sini, namun setelah saya menggunakan naskhah Puan Mazlina ini, saya terkejut dengan bakat yang dimiliki oleh anak saya. Anak saya rupanya berbakat dalam mendeklamasikan sajak dan syair. Saya seolah-olah baru sahaja mendapat suntikan semangat selepas mempraktikkan panduan yang terdapat dalam e-buku ini. Kerna itu saya katakan e-buku ini ‘priceless practical book’. Insya-Allah, saya akan mengetengahkan bakatnya dengan cara membuat permohonan ke sekolah seni. Saya sendiri tidak tahu bahawa ada sekolah sedemikian sehinggalah saya berjumpa Puan Mazlina. Saya langsung tidak mempunyai impian untuk menghantar anak ke sekolah elit seperti ibu bapa yang lain namun setelah menggunakan naskhah ini saya ingin mengajak para ibu memilih untuk menjadi ibu yang hebat dengan mencungkil bakat anak melalui kaedah Pentaksiran yang boleh dilakukan di rumah. Dengan instrumen pentaksiran yang Puan Mazlina sediakan, para ibu boleh merencanakan sesuatu untuk anak demi masa depan mereka. Saya bersyukur kerana terpilih untuk menggunakan bahan ini sebagai rujukan RnD Puan Mazlina yang akhirnya memberi sebuah inspirasi yang tidak ternilai buat saya. Ibu bapa sekalian, kita sudah tidak ada alasan untuk membantu anak-anak kita berjaya. Marilah kita menjadi seperti Puan Mazlina yang sentiasa kreatif dan berinovatif dalam membantu anak-anaknya sendiri dan anak-anak muridnya sehingga berjaya. Saya sudahi ulasan ini dengan kata-kata, ‘A great teacher is not actually the teacher , it is obviously the mother’.

Ikhlas daripada seorang ‘ibu yang kembali bernyawa’…,

Puan Marhiyah, Pegawai Telekomunikasi

“Naskhah yang Memberi Pengalaman Perspektif Pentaksiran dan Peperiksaan”.

Ini bukan buku panduan cemerlang yang biasa kita baca. Bagi saya, dengan membaca penulisan Ustaz Hasnol dan Teacher Ina, kita seolah-olah diberikan simulasi iaitu peluang untuk merasai pengalaman dan perspektif baharu dalam membantu anak berjaya dengan cemerlang. Istimewanya modul ini bukan sahaja membantu anak cemerlang di peringkat sekolah, tetapi sesuai juga dijadikan panduan untuk bersedia dalam setiap pengalaman hidup yang bakal ditempuh seperti temu duga permohonan pekerjaan pada masa hadapan.

Ya, saya dapat merasakan bahawa panduan yang diberikan mampu membantu anak kita menempuh cabaran pada masa hadapan. Penulis mahu ibu bapa melatih anak supaya petah menjawab sebarang soalan berbentuk ujian psikometrik. Soalan sebegini juga merupakan soalan yang ditanya kepada mereka yang hadir sesi temu duga kerja. Oleh itu, saya simpulkan sekali lagi bahawa naskhah ini bukan merupakan buku panduan yang biasa kita baca. Pada amatan saya, panduan dan rahsia ini ditulis berdasarkan pengalaman Teacher Ina sendiri, seorang usahawan pendidikan, yang terpaksa melepaskan perniagaan taska dan tadika demi mendidik anaknya yang seorang disleksia. Perkongsian bagaimana beliau membantu anaknya menghadapi pelbagai pengalaman dengan melakukan persediaan untuk sebarang kemungkinan yang berlaku dalam hidup anaknya. Benar, bersedia itu penting.

Berkat kesabaran dan usaha tanpa henti, Teacher Ina bukan sahaja berjaya membantu si abang, malah si adik juga turut berjaya dengan begitu cemerlang walaupun si adik bukan seorang yang rajin belajar. Rezeki sentiasa terhidang kepada mereka yang rajin berusaha.  Insya-Allah, perkongsian buku ini dapat membantu para ibu bapa di luar sana yang berada dalam situasi yang sama seperti Teacher Mazlina Omar. Saya yakin bahawa modul ini dapat menyuntik kekuatan dan semangat kepada ibu bapa untuk menempuh cabaran mendidik anak-anak. Ibu bapa juga akan turut mendapat kesedaran bahawa dengan mempraktikkan langkah yang betul, maka anak-anak akan menjadi lebih bijak dan cemerlang.

Terima kasih Teacher Mazlina kerana telah membantu dua orang anak ke SMKA. Alhamdulillah.

Asiah Rosmin,

Usahawan kecil-kecilan,

Bedong, Kedah

Saya merupakan ibu yang terpilih untuk menerima seminar percuma yang Puan Mazlina anjurkan untuk tujuan RnD. Seminar tersebut tentang bagaimana membantu anak belajar yang merupakan sebahagian daripada kandungan program Rahsia Berjaya ke Sekolah Idaman. Sebelum saya mengikuti program ini saya pernah menghantar e-mel kepada Puan Mazlina untuk bertanyakan cara membantu anak saya belajar. Oleh kerana e-mel yang saya ajukan maka saya terpilih menyertai program ini untuk tujuan RnD. Masalah saya ialah anak saya tidak menyerlah dalam pelajaran. Saya menjadi lebih buntu apabila tiada sesi persekolahan ekoran COVID-19. Walaupun tiada peperiksaan UPSR namun saya menjadi lebih takut kerana anak saya semakin hari semakin hilang minat untuk belajar. Saya pula tidak pandai dalam bidang akademik. Saya hanya seorang peniaga nasi lemak sahaja. Ketika menulis ulasan ini, saya seolah-olah kembali belajar menulis karangan.

 

Terima kasih Puan Mazlina kerana banyak mengajar saya. Saya hanya memanggil Ina sahaja kerana Puan Mazlina sering membahasakan dirinya sebagai Ina. Mungkin kerana sikapnya yang ‘biasa-biasa’ sahaja, saya berasa dekat denganya. Berbalik kepada masalah anak saya. Memandangkan saya tidak tahu langsung tentang akademik, saya tertanya-tanya bagaimana program ini boleh membantu saya.

 

Saya sangat mengesyorkan ibu bapa di luar sana mencuba panduan yang diberikan oleh Puan Mazlina kerana praktikal dengan belajar bersama anak sangat berkesan! Kini saya tidak membiarkan anak saya keseorangan ketika belajar, sebaliknya saya akan duduk bersebelahannya sambil mengupas bawang dan menyediakan ramuan untuk nasi lemak. Apabila difikirkan semula inilah yang dikatakan hikmah cuti sekolah sekolah PKP. Selain itu, saya juga diminta oleh Puan Mazlina untuk menulis surat kepada suami saya sendiri. Warkah itu bukan bertujuan untuk meluahkan rasa cinta kepada suami, tetapi saya diminta menulis tentang keinginan saya untuk melihat suami membantu dan menyokong saya agar saya dapat membantu meningkatkan prestasi pelajaran anak saya, Hakim. Sebelum ini suami saya juga seperti saya, sudah hilang minat untuk membantu Hakim belajar pada mulanya.

 

Dengan surat tersebut, saya telah berjaya memotivasikan suami untuk membantu anak kami belajar dan mengecapi kejayaan dalam pendidikan. Saya juga memutuskan untuk melanggan program Rahsia Berjaya ke Sekolah Idaman. Mudah-mudahan anak saya dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah yang terbaik kerana menurut Puan Mazlina, pendapatan isi-rumah yang tergolong dalam kumpulan B-40 telah menjadi syarat utama kemasukan dan pemilihan ke SBP. Selain itu, anak-anak daripada golongan B-40 juga berpeluang mendapat banyak keistimewaan apabila ditempatkan di SBP.

 

Tahniah Puan Mazlina Omar kerana berjaya menyiapkan bahan yang begitu baik dalam tempoh yang singkat. Terima kasih Puan Mazlina dan suami, Ustaz Hasnol.   

 

Akhir kata, saya amat bersetuju dan menyarankan ibu bapa menyertai program ini.

 

Saya yang berbanyak-banyak terhutang budi,  

 

Kak Hasnah

Usahawan Nasi Lemak

Kangar, Perlis.

Menarik tentang Program Rahsia Berjaya ke Sekolah Idaman:

  1. Terdapat pelbagai cara, kaedah dan tip khas untuk ibu bapa membantu anak tahun 6 bersedia ke tingkatan 1.
  2. Ibu bapa dibantu agar dapat memotivasikan anak agar bersedia tinggal di asrama sekolah  idaman.
  3. Cara, kaedah dan tip disampaikan dalam bentuk video dan audio memudahkan ibu bapa dan anak menonton, mendengar dan mengulang pada bila-bila masa sahaja untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih lengkap
  4. Ibu bapa dan anak tidak keseorangan dan sekiranya memerlukan bantuan dan bimbingan boleh berhubung terus dengan penulis, Hasnol Mazlina.
  5. Ibu bapa akan dibantu untuk mengurus masa anak dengan baik, mengenal pasti dan membaiki kelemahan dan membina self-esteem yang baik demi kemenjadian anak yang cemerlang
  6. Ibu bapa dan anak akan turut didedahkan dengan format pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tingkatan 1, 2 dan 3 serta format kertas ujian dan peperiksaan PT3 KSSM yang jauh lebih mencabar.
  7. Kelas dalam talian (zoom) secara mingguan diadakan  untuk anak-anak belajar teknik menjawab ujian Pentaksiran ke Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  8. Sokongan dan bimbingan selama 9 bulan bermula dari bulan Julai 2020 hingga Mac 2021, bertujuan untuk membantu ibu bapa melalui proses rayuan sekiranya permohonan ke mana-mana sekolah idaman ditolak. Sokongan juga akan diberikan kepada ibu bapa yang bakal melalui fasa sedih dan sayu ketika melepaskan anak ke sekolah iadaman. Selain ibu bapa, anak juga akan mengalami fasa home-sick justeru itu sokongan moral sangat diperlukan.

Apakah kandungan modul (Rahsia Berjaya ke Sekolah Idaman) yang akan dipelajari sepanjang program ini?

sekolahidaman

Berbeza dengan kelas tuisyen yang lain yang hanya menumpukan pada pengajaran dan pembelajaran untuk satu subjek dan topikal sahaja, naskhah ini mengandungi tiga modul meliputi 6 bab yang berbeza yang turut mengetengahkan tiga instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD Tahun 6) seperti kertas ujian, senarai semak dan lembaran kerja yang sememangnya direka khas kepada ibu bapa untuk membantu anak tahun 6 bersedia dengan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) dan ujian saringan KPM iaitu PKSK dan MARA  iaitu UKKM.

Sejak 2003 hingga 2019 program Rahsia Berjaya ke Sekolah Idaman merupakan program bersemuka. Kini  pada tahun 2020 program ini akhirnya dibukukan dan dilengkapi dengan rahsia dan tip yang diakui telah melahirkan ramai murid LEPASAN UPSR berjaya ke sekolah idaman!.

HANYA DALAM TALIAN!

Apakah Perincian bagi Setiap Modul Rahsia Berjaya ke Sekolah Idaman?

MODUL 1 = 300 muka surat

Bab 1

Persediaan awal

Modul ini menerangkan tentang mengapa ibu bapa perlu bersedia walaupun UPSR 2020 telah dimansuhkan. Penulis turut memberi petua bagaimana ibu bapa boleh menarik minat anak belajar semula dan mengesyorkan beberapa tindakan yang harus ibu bapa lakukan bagi meningkatkan kembali keyakinan di samping memaksimumkan usaha dan momentum PdP. Penulis juga memberikan jenis-jenis sekolah idaman dan penerangan yang khusus tentang SBP termasuklah seperti nama-nama SBP, dasar saringan, syarat dan kriteria pemilihan ke SBP, pakej mata pelajaran dan subjek yang ditawarkan serta soalan lazim tentang SBP. Selain SBP, penulis memperkenalkan tentang jenis-jenis  MRSM dan cara mengisi borang MRSM dalam talian.

Bab 2

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR)

PBD Kertas Ujian

Penulis menerangkan tentang apa itu PPSR termasuklah komponen-komponen yang terkandung dalam PPSR. Dalam bab ini ibu bapa akan jelas dan faham tentang kepelbagaian instrumen pentaksiran yang digunakan sebagai aspek penting yang terkandung dalam  Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di sekolah. Selain itu, penulis telah menggubal 1 set kertas ujian dan peperiksaan bagi 6 subjek teras iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris Pemahaman, Bahasa Inggeris Penulisan, Matematik dan Sains berserta jawapan yang lengkap sebagai salah satu kaedah PBD yang digunakan di sekolah.

Modul 1 mengandungi 300 muka surat

MODUL 2 = 250 muka surat

Dalam modul ini penulis menyediakan dua lagi instrumen Pentaksiran Bilik Darjah Senarai Semak yang merangkumi 6 subjek teras UPSR iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Instrumen ini akan membantu memudahkan ibu bapa kerana perincian topik dan subtopik membantu ibu bapa melihat kebolehan dan kelemahan pada topik tertentu.

Instrumen PBD Senarai Semak dikendalikan dalam bentuk Ujian Lisan (Soal Jawab), bermaksud ibu bapa bertanya dan anak akan berkomunikasi atau bercakap tentang topik tersebut. Kaedah ini bertujuan untuk membantu dan merangsang murid dalam konstruk verbal linguistik.

 

Bab 3

PBD Senarai Semak

 

Penulis menyediakan beberapa set ujian yang  menguji kefahaman anak tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, KBAT. Set ujian-ujian tersebut bertujuan untuk membantu ibu bapa dan murid agar lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku ekoran pembatalan UPSR 2020.

BAB 4

Persediaan Ujian Khas yang menekankan Kemahiran Berfikir Aras tinggi (KBAT)

MODUL 3 = 250 muka surat (anggaran)

Bab 5

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah  Khusus (PKSK)

Penulis memberikan panduan dan teknik menjawab  kertas ujian PKSK melalui kelas dalam talian (Zoom). Beberapa set simulasi kertas ujian PKSK yang merangkumi komponen Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual akan turut diberikan supaya anak-anak tahun 2020 lulus cemerlang dalam ujian yang bakal menentukan penempatan Sekolah Khusus bagi sesi pengajian 2021.

Bab 6

Persediaan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Penulis menyediakan set simulasi Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) merangkumi persediaan Matematik, Bahasa Inggeris, Sains, Keperibadian dan hafazan Al Quran.

Kami kongsikan sebahagian kelas Zoom (5 Sept 2020) 

Bagaimana Mendapatkan Modul Rahsia Berjaya ke Sekolah Idaman?

Yuran Program Rahsia Berjaya ke Sekolah Idaman  ialah RM297 (Modul 1 + Modul 2 + Modul 3).

Percuma:

Kelas Zoom mingguan (September-Oktober).

Kumpulan sokongan ibu bapa melalui Telegram dan FB Group.

Bimbingan kepada ibu bapa

Sila masukkan bayaran RM297 ke akaun  di bawah:

     Maybank

     Hasnol bin Harun

     552107 05 1032

Hantarkan bukti transaksi tersebut melalui whatsapp

( 017 4161568 / 019 5581568 )

Modul akan dihantar melalui E-mel setelah bukti bayaran disahkan.

 

Baiklah cikgu berikan saya ebuku Rahsia Berjaya ke Sekolah Idaman

klik untuk belian